Snap1.jpg

Zizan Nin dah bercerai sebulan lalu.. PANAS!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Zizan Nin, 42, mengaku sudah bercerai dengan isterinya, Fazilah Hani Harun, 35, sejak sebulan lalu. Pelakon filem Tanda Putera ini ketika dihubungi berkata, perceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman.

“Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, dakwaan mengenai Zizan sudah bercerai sudah diperkatakan namun pelakon itu Tak pernah mengesahkannya.

Zizan juga menafikan dia mengelak daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan berhubung perceraiannya itu.

“Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya Tak boleh komen lebih-lebih. Saya Tak mahu memanjangkan lagi cerita.

“Perkara sudah jadi. Saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir,” katanya.

Zizan Nin dah bercerai sebulan lalu.. PANAS!

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *