lumbat_BHfield_image_listing_featured.var_1564389546.jpg

4,641 peserta sertai PerlumbaanLebuhraya LEKAS RHB

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Selaku perlumbaan malam lebuh raya nombor satu Malaysia, Perlumbaan Lebuhraya LEKAS RHB kali keenam terus menarik tumpuan peminat sukan berbasikal Bila 4,641 pelumba tempatan dan luar negara menyertainya kelmarin.

Perlumbaan yang dianjurkan secara bersama Kumpulan Perbankan RHB dan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) menyaksikan kehadiran peserta dari 26 negara termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Ireland, Itali, Perancis, Bulgaria, Afrika Selatan, Russia, Australia, Indonesia, China, India, Brunei, Kemboja, Singapura dan Jepun.

Perlumbaan yang bermula dari Plaza Tol Kajang Selatan, LEKAS yang bermula pada jam lapan malam itu menyaksikan pertambahan lapan peratus penyertaan dari pelumba luar negara dan pertambahan 14 peratus pelumba wanita pada kali ini yang menyertai acara 78 kilometer (km) dan 120km.

BARISAN pemenang kategori lelaki Perlumbaan Lebuhraya LEKAS RHB.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, acara itu menjadi perlumbaan yang ditunggu-tunggu peminat berbasikal untuk turut serta.

“Perlumbaan seperti ini dapat menyatukan pelumba daripada pelbagai kaum, umur dan jantina daripada seluruh dunia dalam satu platform yang sama.

“Peluang berlumba di lebuh raya seperti LEKAS pada sebelah malam turut menarik minat ramai pelumba dan ia sudah tentu sekali pengalaman sepanjang hayat buat pelumba yang kali pertama turut serta,” katanya dalam satu kenyataan.

Perlumbaan kali ini menampilkan sembilan kategori dengan Philip Yip menjuarai kategori Terbuka Lelaki 120km Bila merekodkan 3 jam 1 minit 7 saat (s) sementara bekas pelumba lebuh raya kebangsaan, Noor Azian Alias pula menjuarai Terbuka Wanita 120km dengan catatan 3:10.19s.

BARISAN pemenang kategori wanita Perlumbaan Lebuhraya LEKAS RHB.

4,641 peserta sertai PerlumbaanLebuhraya LEKAS RHB

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail