capture-20170515-073448.png

ABPBH3.0: Fattah Bintang Paling Popular! Raih RM150,000

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Kenyataan drama rantaian Suri Hati Mr Pilot dan rentetan cerita sensasi membabitkan dua pelakon utamanya membawa tuah kepada Fattah Amin Bila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dengan 82,635 undi, Fattah menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Janna Nick, selain menghampakan Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.

Kemenangan itu melayakkan Fattah, 26, membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selain dua trofi berkenaan, Fattah juga diumumkan pemenang dua kategori online, Seniman Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Berikut keputusan penuh ABPBH 3.0

Bintang Paling Popular – Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella

Seniman Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar

Seniman Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina

Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana

Pengacara TV Popular – Neelofa

Penyampai Radio Popular – Radin

Seniman Versatil Popular – Ifa Raziah

Seniman Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret

Seniman Komedi Popular – Zizan Razak

Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

Gandingan Serasi Drama – Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

Gandingan Serasi Filem – Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

Personaliti Media Sosial – Makhlokmacho

Seniman Berpengaruh Di Laman Sosial – Neelofa

Seniman Sensasi – Fattah Amin

ABPBH3.0: Fattah Bintang Paling Popular! Raih RM150,000

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail