30lombong.transformed.jpg

Gempa korbankan 4 pekerja lombong

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Pemandangan pintu masuk ke lombong tembaga Rudna di Polkowice, Poland. Lombong itu dilanda gegaran akibat gempa bumi membunuh empat pelombong dan empat Adalah hilang. – Foto AP

WARSAW: Jumlah korban gempa bumi sekuat 4.4 magnitud di Poland meningkat kepada empat orang, setakat petang tadi, sementara empat lagi mangsa tertimbus beberapa meter di bawah timbunan batu.

Ketua lombong itu, Pawel Markowski, memaklumkan keempat-empat Jenazah terbabit ditemui pada kedalaman 1,100 meter di lombong Rudna di Polkowice, barat daya negara itu.

Katanya, baki empat mangsa belum dikeluarkan dari runtuhan kerana timbunan batu itu hanya boleh dialihkan dengan tangan.

Sementara itu, lima pekerja lain hanya cedera ringan. Dua daripada mereka dimasukkan ke wad, namun doktor memaklumkan mereka akan dibenarkan pulang beberapa hari lagi. – AFP

Gempa korbankan 4 pekerja lombong

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail