bhforeign-o-takziah_BHfield_image_listing_featured.var_1545628666.jpg

Jakarta mula terima ucapan takziah dari pemimpin dunia

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

JAKARTA: Beberapa pemimpin dunia menyatakan ucapan takziha kepada Indonesia susulan kejadian tsunami yang melanda kawasan pantai di Lampung dan Banten pada Sabtu lalu.

“Bencana tsunami menyebabkan kemusnahan yang Tak boleh dijangka berlaku di Indonesia. Lebih 200 orang maut dan ribuan lagi cedera atau hilang. Kami berdoa supaya keadaan kembali pulih. Amerika sentiasa bersama anda,” kata Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi Twitter, hari ini.

Jakarta Post melaporkan Perdana Menteri India, Narendra Modi turut berkongsi Nestapa melalui Twitter dan berkata: “Amat sedih bila mendengar berita mengenai ramai yang terkorban dan kemusnahan berlaku di Indonesia akibat tsunami susulan letusan gunung berapi.

“Ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa mereka yang cedera segera pulih. India sedia Menyodorkan bantuan kepada jiran dan sahabatnya”.

Agensi berita Anadolu pula melaporkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sudah menghantar ucapan takziah kepada Indonesia.

“Saya bagi pihak rakyat Turki, ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua rakyat Indonesia,” kata Erdogan di Istanbul ketika menghadiri Perhimpunan Agung Kewangan 2018 anjuran Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Turki (DEIK).

RECEP Tayyip Erdogan

Presiden Russia, Vladimir Putin dalam satu kenyataan menyatakan rasa simpati terhadap semua pihak yang terjejas dengan bencana itu.

“Russia turut berkongsi Nestapa dengan rakyat Indonesia. Sila sampaikan rasa simpati dan sokongan saya kepada keluarga mangsa dan saya mendoakan mereka yang cedera supaya segera sembuh,” katanya.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) melaporkan angka kematian sudah mencecah 281 orang, manakala mangsa yang cedera dan hilang, masing-masing meningkat kepada 1,016 orang dan 57 orang.

Sebahagian besar mangsa Adalah pelancong tempatan yang sedang bercuti sempena sambutan Krismas.

Menurut BNPB, kejadian tsunami itu turut memusnahkan sekurang-kurangnya 611 kediaman, 69 buah hotel dan vila, 60 buah kedai dan 420 bot. – Agensi

Jakarta mula terima ucapan takziah dari pemimpin dunia

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail