logo_bomba_cropped.transformed_0.jpg

Lelaki lemas ketika menjala

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Rabu, 5 Julai 2017 – 8:34PM

Waktu Solat Kuala Lumpur:

Oleh Farah Suhaidah Othman

IPOH: Seorang lelaki wafat,meninggal lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan di Kampung Tualang 7, Kampung Kepayang, petang tadi.

Mangsa, Muhamad Fikri Jaafar, 21, ditemui oleh orang kira-kira jam 5.40 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abd Hadi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota yang tiba kemudiannya mendapati Jenazah mangsa sudah dibawa naik ke tebing oleh orang ramai.

Mangsa sedang menjala ikan sebelum jalanya tersangkut di kawasan air deras menyebabkan mangsa yang cuba menariknya terjatuh.

Lelaki lemas ketika menjala

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail