1530356568_image28229.jpg

Pak Pandir telah pergi meninggalkan kita…

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI era 90-an yang popular dengan Gita Yang Remeh Temeh, Pak Pandir telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang sekitar jam 4.30 petang tadi.

Pak Pandir atau nama sebenarnya Azmi Ali, 62, sebelum ini dimasukkan ke wad kecemasan kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair pada Selasa lalu.

Pak Pandir meninggalkan isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh orang anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Majlis tahlil diadakan selepas solat isyak di kediaman Allahyarham di Kajang.

Pak Pandir telah pergi meninggalkan kita…

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail