gmie-screen.jpg

Pakai Cincin Disangka Amal Ilmu Hitam

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Gara-gara menggayakan beberapa bentuk cincin di kedua-dua belah tangannya, Gmie Screen didakwa mengamalkan ilmu sihir untuk terus kekal dalam program nyanyian Gegarvaganza musim ketiga (GV3).

Terkejut dengan dakwaan tersebut, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim, 45, menegaskan dia Tak mengamalkan perkara khurafat tersebut dan meminta mana-mana pihak tampil dengan bukti sekiranya dia melakukan perkara seperti dakwa.

Jelasnya, sejak dari dulu dia sentiasa tampil dengan imej sebegitu dan tiada kena mengena dengan amalan ilmu hitam.

“Tak sangka pula aksesori yang saya gayakan dikaitkan dengan ilmu hitam. Kalau tengok semula gambar lama, dari dulu saya tampil dengan imej sebegini. Sungguh saya terkejut cincin ini jadi punca dan nampaknya mereka yang menuduh lebih mengetahui.

“Sejujurnya saya hanya sujud pada Tuhan yang Maha Berkuasa. Bagi menghilangkan gementar sebelum mengadakan persembahan saya membaca surah. Bagi saya mudah saja, jika saya mengamalkan perkara khurafat, buktikan,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Dalam pada itu Gmie menganggap nasib menyebelahinya Bila menerima imuniti ‘Pamoga Qu Puteh’ daripada penaja GV3, Datuk Seri Vida untuk melayakkan beliau ke pentas separuh akhir pertandingan itu, Ahad depan.

Pakai Cincin Disangka Amal Ilmu Hitam

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail