saadiqwq.transformed.transformed.jpg

Pemaju perlu bina lebih banyak rumah mampu milik

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamad Sadique.

KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan perlu memainkan peranan membantu kerajaan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamad Sadique, berkata kerjasama itu penting dalam mengenal pasti lokasi strategik bagi memenuhi kehendak dan cita rasa masyarakat setempat.

“Pemaju Tak harus fikir untung semata-mata, tetapi juga kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Mereka perlu terus membantu kerajaan terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis anugerah ‘Property Insight Prestigious Developers Awards 2016’, di sini, malam ini. 

Mengenai acara anugerah terbabit, Halimah berkata, ia bagi memberi pengiktirafan kepada pemaju perumahan supaya mereka terus komited membina rumah berkualiti dan mampu dimiliki rakyat. 

Pemaju perlu bina lebih banyak rumah mampu milik

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail