nabil05.transformed.jpg

Penamat podium 'rezeki' buat Nabil

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

SEPANG: Pemandu Le Mans negara, Nabil Jeffri menganggap penyertaannya di pusingan kemuncak Siri Le Mans Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai ‘rezeki’ Bila pasukannya, Eurasia Motorsport menamatkan saingan di pentas podium, hari ini.

Nabil yang pertama kali bersaing dalam perlumbaan endurance menamatkan perlumbaan kelas LMP2 di tangga ketiga bersama-sama rakan sepasukannya, Marco Asmer dan Jake Parsons dengan catatan 4 jam 3 minit 12.451 saat.

Pada perlumbaan penuh dramatik itu juga menyaksikan rakan sepasukan Nabil, Parsons terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami sesak nafas sekali gus Tak dapat meraikan kemenangan di pentas podium.

PASUKAN Jackie Chan DC Racing X Jota #8 (tengah) menjuarai Siri Le Mans Asia di Litar Antarabangsa Sepang. – Foto BERNAMA

Namun, Nabil dan Asmer meneruskan baki saingan bagi memastikan perlumbaan di laman sendiri itu berakhir dengan kejayaan.

“Saya memang menjangkakan penamat di tangga pertama atau kedua namun tempat ketiga ini pun satu rezeki,” kata Nabil yang sebelum ini menyertai perlumbaan Formula 2 (F2).

“Perlumbaan endurance ini sebenarnya menyeronokkan… bukan seperti perlumbaan perseorangan yang disertai sebelum ini dan ia memerlukan kerja berpasukan.

“Sekiranya diberi peluang lagi, sudah tentu saya akan memberi 100 peratus.”

Juara menjadi milik pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota #8 yang menamatkan saingan dengan catatan 4:2:6.258s manakala BBT berada di tangga kedua, 4:03:07.960s.

ARC Bratislava berada di tangga keempat dengan 4:03:07.045s manakala sebuah lagi pasukan milik pelakon tersohor, Jackie Chan yang disertai pelumba negara – Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Afiq Ikhwan Yazid – Jackie Chan DC Racing X Jota #7 kelima, 4:03:51.298s.

Dengan kemenangan di litar Sepang itu, pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota #8 Akan menerima slot untuk beraksi di kejuaraan Le Mans 24 Jam di Perancis, Jun ini selepas muncul juara keseluruhan bagi kelas berkenaan dengan 96 mata.

Penamat podium 'rezeki' buat Nabil

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail