BT221216AF019.jpg.transformed.jpg

Pendapatan Pos Malaysia naik 12.7 peratus

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KETUA Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh. – Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatat pendapatan sebanyak RM1.4 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2016, meningkat 12.7 peratus berbanding RM1.3 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan itu Adalah hasil inisiatif pengambilalihan perniagaan logistik serta didukung dengan kekukuhan sektor perniagaan kurier.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata keuntungan sebelum cukai Pos Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 57.1 peratus atau RM107.4 juta berbanding RM68.4 juta tahun sebelumnya.

Katanya, berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, keuntungan sebelum cukai meningkat dua kali ganda kepada RM52.7 juta daripada RM29.6 juta, sebahagian besarnya hasil keuntungan perniagaan kurier serta pengurusan berterusan kos operasi.

“Usaha Pos Malaysia dalam proses transformasi dan mengintegrasikan operasi perniagaan menjadi pusat sehenti bagi perkhidmatan logistik bersepadu berjalan seperti yang dirancang.

“Kami menjangkakan transformasi ini akan beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun 2017. Pos Malaysia akan menawarkan lebih banyak rangkaian perkhidmatan e-Fulfilment yang lebih menyeluruh seperti pembayaran semasa penerimaan secara tunai atau melalui kad kredit, khidmat penyimpanan barangan di gudang serta perkhidmatan kutipan dan pembungkusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Shukrie berkata, Pos Malaysia akan menyuntik Penemuan baharu dalam industri eDagang dengan membekalkan penyelesaian berasaskan pasaran menerusi produk seperti FlexiPrepaid.

Pendapatan Pos Malaysia naik 12.7 peratus

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail