23election.transformed.jpg

PRU UK: Pertembungan Konservatif, Buruh sengit

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

POSTER pilihan raya Theresa May . – Foto REUTERS

LONDON: Kedudukan Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Theresa May turun separuh kepada cuma sembilan peratus mengatasi Parti Buruh dalam tinjauan telefon Survation yang disiarkan hari ini.

Ia menjadi petanda persaingan semakin sengit menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) United Kingdom pada 8 Jun ini.

Tinjauan menunjukkan Konservatif memperoleh 43 peratus sokongan, menurun lima mata daripada tinjauan pada 15 Mei lalu, dengan Buruh berada dalam kedudukan 34 peratus, peningkatan lima mata.

Kajian diadakan pada 19 dan 20 Mei selepas manifesto kedua-dua parti disiarkan.

Walaupun Konservatif kekal mendahului pencabarnya yang berhaluan kiri itu, beberapa tinjauan lain menunjukkan jurang semakin rapat, menandakan jangkaan Konservatif untuk menang besar mungkin perlu dikurangkan.

Menteri kanan Konservatif, semalam mempertahankan cadangan mengurangkan bantuan ditawarkan kepada pengundi warga emas di sebalik kebimbangan ia boleh menjejaskan sokongan dalam kalangan warga tua, pemilik rumah yang kaya raya iaitu sumber utama undian untuk Konservatif.

Tinjauan menunjukkan responden berkemungkinan berkata Buruh, berbanding Konservatif, mempunyai dasar terbaik kepada warga tua dan pesara, selain penduduk muda dan perkhidmatan penjagaan kesihatan ditanggung kerajaan.

Konservatif pula dilihat lebih kuat dari segi ekonomi dan proses Brexit.

May mengadakan pilihan raya awal untuk menambah 17 kerusi majoriti di Parlimen dan mendapat mandat awam bagi merundingkan strategi ketika Britain bersedia memulakan rundingan meninggalkan Kesatuan Eropah.

Reuters

PRU UK: Pertembungan Konservatif, Buruh sengit

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail