17kemon.transformed.jpg

Selebriti rayu keamanan dunia

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bersama beberapa bintang terkemuka Amerika Syarikat. – Foto http://www.dailymail.co.uk/

NEW YORK: Selebriti terkemuka Amerika Syarikat, Leonardo DiCaprio, Stevie Wonder, Michael Douglas dan beberapa bintang lain merayu bagi keamanan dan kelangsungan Bumi yang disifatkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, sebagai “lebih hampir kepada konflik berbanding apa yang kita fikirkan”.

Pada satu majlis sempena Hari Keamanan Antarabangsa pada 21 September ini, Ki-moon menggesa semua pihak bertelagah supaya meletakkan senjata masing-masing pada hari berkenaan.

Beliau turut membunyikan Loceng Keamanan yang dihadiahkan Jepun kepada badan dunia itu untuk “menyampaikan panggilan keamanan dan hari tanpa keganasan”.

Ki-Moon melantik lima Pengutus Keamanan PBB iaitu DiCaprio, Wonder, Douglas, pemain biola Jepun, Midori dan pakar primat, Jane Goodall selain pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Shirin Ebadi, Leymah Gbowee dan Tawakkol Karman untuk menggesa pertempuran ditamatkan dan memelihara Bumi.

DiCaprio yang memberi tumpuan kepada perubahan iklim, menayangkan klip pendek dokumentari mengenai alam sekitar, ‘Before The Flood’, kepada ratusan remaja pada acara pelajar sempena Hari Keamanan Antarabangsa.

Ia turut dibintangi Ki-moon akan ditayangkan pada 21 Oktober ini.

Pemenang Anugerah Academy itu berkata, beliau menyaksikan kemusnahan dibuat manusia yang Tak dapat dibayangkan di seluruh Bumi.

Katanya, kemungkinan wujudnya ratusan juta pelarian iklim akan membentuk “masa depan yang ada segala-galanya kecuali keamanan”.

Katanya, ia menakutkan tetapi menegaskan penyelesaian kepada masalah itu ada jika ia dimulakan segera. – AP

Selebriti rayu keamanan dunia

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail