00134409-horz.jpg

Tampal Gambar Seniman Pujaan Dalam Loker Tentera

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Penyanyi dan pelakon Lee Seung Gi ketika ini berada di kem tentera bagi menjalani latihan khidmat negara.

Beberapa keping gambar beliau yang tersebar di internet nyata menunjukkan pelakon drama King 2 Hearts sangat aktif dn komited alam melaksanakan tugasnya sebagai tentera.

Terbaharu, pelawak Lee Soo Geun menerusi rancangan Radio Star, berkongsi akan perkembangan tentang Seung Gi kepada peminat

Katanya, baru-baru ini dia ada pergi ke kem untuk melawat bekas kekasih kepada anggota kumpulan Girls Generation, Yoona, itu.

“Kulitnya agak gelap dan dia sudah menjadi seorang tentera yang benar-benar maskulin. Dia sangat disiplin dan taat dengan peraturan ketenteraan,” kata Soo Geun.

“Saya juga ternampak foto Seolhyun (anggota kumpulan AOA) tertampal di lokernya,” tambahnya.

Pendedahan Soo Geun itu mendapat pelbagai reaksi dan komen sekaligus menjadi perbualan Suam ramai peminat.

Lee Seung Gi, 29, memulakan latihan khidmat negara sejak 1 February lalu, dan beliau ditempatkan di Pusat Latihan Rekrut Tentera di Chungcheongnam-do. Dia dijangka akan tamat latihan pada 31 Oktober 2017.

Seung Gi pernah berkunjung ke Malaysia dan mengadakan sesi perjumpaan bersama peminat dan showcase diberi nama Tonight With Lee Seung Gi in Malaysia bertempat di Kenangan Wholesale, Kuala Lumpur pada November 2012.

Tampal Gambar Seniman Pujaan Dalam Loker Tentera

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail