30trump.transformed.jpg

Trump tinggalkan perniagaan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

GAMBAR fail, Akan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu kempen pilihanraya di Loudon Fairgrounds, di Leesburg, Virginia, Amerika Syarikat pada 7 November lalu. – Foto EPA

WASHINGTON: Akan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini mengumumkan akan meninggalkan urusan perniagaan sepenuhnya, untuk memberi tumpuan sebagai Presiden dan mengelak tanggapan konflik kepentingan.

Trump berkata, beliau akan menjelaskan rancangannya pada sidang media bersama anaknya, bulan depan.

Sebelum ini, beliau menolak kritikan mengenai potensi konflik antara perniagaan dan tugasnya sebagai Presiden.

Sementara itu, bekas eksekutif Goldman Sachs, Steven Mnuchin, mengesahkan beliau dipilih sebagai Setiausaha Perbendaharaan.

Mnuchin Adalah bekas pengarah kewangan kempen Trump.

Katanya, pelabur dan jutawan, Wilbur Ross turut dipilih sebagai Setiausaha Perdagangan.

Bagaimanapun, Trump belum mengesahkan beberapa pelantikan itu yang kini tersebar meluas. – AGENSI

Trump tinggalkan perniagaan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail